Becok macam burung chirp chirp
Aku tak reti menulis. Tapi aku tak kira aku nak tulis jugak
Wednesday, February 4, 2026
Gen-Z - Generasi Pengubah Budaya Kerja
Sunday, December 28, 2025
Kerjaya: Usahawan vs Profesional
Thursday, August 7, 2025
fomo vs dgaf
Masalah FOMO terlampau banyak berlaku tanpa kita sedar. Kadang hanya melihat Kawan update di FB even dari IG Story buat hati kita tak senang.
Kawan pergi overseas, kita pun nak pergi
Kawan dinner di 5-star restaurant, kita pun nak rasa
Kawan beli kereta baru, kita pun nak beli kereta baru
Kawan pakai Iphone, kita pun nak beli.
Benda ni bawa masalah mostly mental dan financial kita
sendiri yang akhirnya membawa mudarat dari kenikmatan.
Kenapa? Disebabkan kita berbelanja luar dari kemampuan kita.
Lagi sedih bila mana benda2 ni hanya membawa kepuasan yang sementara tapi
membawa lebih mudarat untuk satu tempoh yang lama.
Contoh, kita pun nak pergi overseas tapi tak mampu, tapi ada
caranya. Personal loan. Ambil RM10K ikat loan berapa bulan or tahun, pergi melancong
mungkin seminggu dua, kita merana bertahun.
Begitu juga kad kredit, kita max out beli iphone or barang
lain, tapi kita tahu tak mampu, tiap bulan hanya mampu minimum, kita lupa bank
pun ada charge interest. Sampai bila nak habis kita taktau.
Persoalanya. Di mana asas benda FOMO ni berlaku?
Ianya mula berlaku atas diri kita sendiri. Kita yang meletakkan
penada aras dan kejayaan kita sendiri. Selagi kita tak dapat kita takkan puas dan
akan terus cuba untuk dapat walau apa jua cara tanpa fikir kan akibatnya.
Padahal untuk hidup bahagia kita hanya perlu meletakkan penanda
aras yang sederhana sahaja.
Lawan untuk FOMO adalah IDGAF dan term ni kalau kau guna apply
benda ni percayalah kau akan bahagia.
Dekat sini aku bagi contoh dua situasi Ali dan Mukmin.
Imagine dua2 ni mempunyai gaji dan kerja yang sama.
Ali ni seorang FOMO. Pantang tengok story orang lain dia pun
nak jugak. Sebab dia nak jugak circle dia tengok dia ni seorang yang mampu dan
tidak ketinggalan. Bagi Ali, penanda aras dia adalah untuk orang tengok dia Berjaya,
kaya dan ikut trend.
Tapi duit tak ada. Disebabkan keinginan FOMO yang tinggi, tanpa
fikir Panjang di cari jalan untuk berhutang sana dan sini. Kepuasan bercuti ke
eropah mungkin 2 minggu. Tapi dia terpaksa merana bertahun2 dengan hutang yang bertimbun.
Effect dia, dia cut makan, ikat perut terpaksa kerja lebih waktu atau buat dua kerja yang akhirnya merosakkan mental dan fizikal dia sendiri.
Mukmin pula seorang yang DGAF. Lantaklah Kawan dia nak
bercuti ke apa, itu bukan penanda aras dia. Dia tak kisah orang nak anggap dia
macam mana sekali pun, asalkan dia bahagia dengan cara sendiri.
Dengan cara dia, at least dia berbahagia dan kehidupan dia
sendiri. Tiada hutang, tak perlu ikat perut, dan tak perlu buat dua kerja. Ada
masa sendiri. Sekurang2 nya mental dan fizikal terjaga.
Kita juga yang
memilih untuk give a f*ck to FOMO ni. Kenapa? Sebab kita terlalu memikirkan
cara orang melihat, memandang kita. Kita rasa seronok apabila dipuji. Kita pun
sedar yang kita pun ada hak untuk rasa sama seperti orang lain rasa.
Itu sebab untuk ada rasa DGAF ni sangat susah. Sebab kita tak
suka orang tengok kita miskin, tak suka orang pandang rendah dan cakap pasal
kita.
Tapi bila difikir balik untuk apa kena ada rasa macam tu. Seronok
orang fikir kita dah bahagia, dah kaya dan sebagainya? Dengan pujiaan orang adakah
kita dapat manfaat, kita rasa puas sebab kita dah lebih pada orang lain?
Macam mana nak bahagia dalam kehidupan?
Simple. rendahkan penanda aras yang kita set sendiri. Hiduplah dengan sederhana. Sesungguhnya bahagia itu cukup sederhana.
Monday, May 12, 2025
Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)
Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sales sebab terpaksa and sebab takde kerja lain.
Kita tahu kebanyakan pasaran kerja adalah dari bidang sales.
Skeptikal pemikiran engineer terutama fresh grads nak rasa masuk site, nak pakai engineering software (project, design, dsb). Barulah namanya engineer. Kalau ada fikiran macam ni, bagi aku lupakan niat untuk jadi sales engineer and better cari kerjaya lain. Sebab kau takkan berjaya dalam career sales ni.
Nak jadi sales engineer ni kena ada minat, passion dalam bidang sales dulu tu sendiri baru technical. Trust and love your product itself. Dari benda ni akan datang sifat motivated and self-estemeed kau sendiri.
Kau akan rasa confident jumpa client, tak malu nak call dan jumpa client baru, present product kau dengan confident dsb. Key point dia adalah minat tu sendiri.
Masalah kedua skeptikal sales engineer ni ada lah takut kena reject 'fear of rejection'. Kenapa takut nak call client or jumpa client, sebab MALU nak cakap and tak confident and takut kena reject dengan client.
'Aku engineer kenapa aku perlu buat kerja macam ni, patut aku kat site, tak style kerja macam ni'. Kalau masih ada sikap ni pun nasihat aku tukar la career kau. Susah nak buang ego engineer tu.
End up kau tak jumpa client/prospect kau. Perangai orang macam ni biasanya dia akan duduk di office, buat2 busy dengan desk job kau masih sibuk buat kerja2 technical and kerja site and cuba sehabis baik sibukkan diri dengan benda yang bukan sales. In the end, kau lupa kerja hakiki kau untuk cari sales and kejar KPI kau.
Ada juga sales engineer mengharapakan inquiry masuk thru email and berdoa agar dapat close order. Tanpa usaha nak follow up dengan prospect.
Ramai menganggap yang sales person ni kena muka tak tahu malu. Ye betul, kalau fikir dari sudut positive, untuk kau naik pangkat kau perlu ada sikap confident dengan siapa pun kau jumpa.
Dari sales kau boleh bentuk sikap ni and bila dah experience kau tak perlu takut jumpa orang even orang yang ada status/pangkat. Ini orang tak nampak. Skillset yang penting. Bila kau mula bergaul dengan high-end percayalah banyak benda akan berubah. Gaya fikiran, percakapan, pemakaian dan sebagainya.
Itu sebab mindset and objective tu kena betul untuk masuk dalam bidang ni. Kalau kau rasa kau masih teguh dengan technical, lupakan sales and kejar career technical kau.
Kalau ada mindset yang betul, dia akan paham nak buat sales bukan objective dia dapat Purchase order semata2. Yang penting adalah connection and networking. Kalau kau ada minat untuk build connection kau, kau akan kerap jumpa client, berkawan and tolong client itu sendiri. Kau tak takut kena reject, sebab kau tahu itu benda biasa, kau akan fikir macam mana nak overcome rejection dari client tu.
Kena ingat satu benda, create connection or networking ni bukan untuk company, tapi untuk diri kau sendiri. Bos lama aku pernah cakap kenapa dia takut hilang top sales person and dia sanggup bayar tinggi untuk stay kan top sales person dia.
Sebab client prefer sales person tu sendiri dari product. Bila network dah kuat, product jadi no.2. Yang penting sales person tu sendiri. Kalau top sales person ni keluar, sales dia pun akan lari.
Boss akan sanggup bayar kau tinggi and kau boleh demand sebab kau adalah laluan untuk revenue masuk, sebab management suka money in (revenue) and tak suka money out (cost).
Itu sebab orang sales laluan dia mudah dan cepar naik pangkat. KPI dia simple. Increase kan revenue. Bos akan nampak benda tu and merasakan kau aset untuk syarikat.
Jadi Sales Engineer ni tak mudah. Tapi kalau kau benci routine work and nak kan cabaran and belajar benda baru ini lah jalan kau. Kau akan rasa enjoy atas banyak benda dan akan bawa banyak benefit dekat diri kau tanpa kau sedar.
Thursday, February 20, 2025
Mentaliti Yang Lemah
Sunday, September 22, 2024
Benda Paling Penting Dalam Resume (Pada Pandangan Sendiri)
Kadang2 kalau tengok twitter and facebook banyak dah tips2 nak buat resume, baguslah. cuma aku rasa tips dia tak tepat and more to commercial. Aku tak cakap semua tapi better kau dengar dari adviser, aku lupa nama apetah. Di dalam position aku sekarang, aku sendiri berpeluang review and interview candidate and banyak benda yang aku belajar dari view aku sendiri
Kita ni selalu dimomok kan dengan betapa strict nye cv kau kene buat. wajib satu pagelah, kena simple selagi boleh kena fancy dah sebagainya.
Jujur cakap bagi aku benda tu tak betul. Kemas itu perlu tapi tak semestinya simple. resume ni lah first step untuk kau tarik perhatian recruiter ni ambik kau. So, ambik masa buat sehabis baik.
Paling penting dalam cv kau kena introduce diri kau sebaik boleh. Dari segi skills, education or experience. Orang yang review cv/resume sangat subjective. Maybe dia boleh panggil kau sebab kan universiti kau or cert skills yang kau ada. Dia tak tengok yang lain. So kena manfaatkan CV kau tu tulis apa yang patut recruiter tahu tentang kau.
Tak perlu tulis hobby kau, takde recruiter kisah kalau kau minat memancing ke, kumpul setem ke, berbasikal.
Secondly, resume takde limit nak 1 page sahaja. kau boleh buat 2-3 page no issue. 1 page kalau simple sangat pun tak guna juga.Memanglah kau dgr recruiter banyak nak review cv korang.. abistuuu kalau simple sangat dgn star2 and bulat2 ni kau mudahkan kan kerja dia nak reject korang.
Bagi aku fancy tu tak main peranan and nampak kau immature. Terus terang aku cakap. Aku cukup tak minat kalau contoh kau letak star2 ke bulat ke skills kau out of 5. Apa yang kau boleh explain kat situ. Memanglah kau dgr recruiter banyak nak review cv orang.. abistuuu kalau simple sangat dgn star2 and bulat2 ni kau mudahkan kan kerja dia nak reject korang.
Jauh lagi baik kau dapat describe diri kau even cv kau plain black & white in very details supaya recruiter puas baca kau punya resume.
Bagi aku resume adalah cerminan atau first view recruiter terhadap diri kau. Let's say kalau kau buat simple sangat, nampak kau ni tak serius and pemalas. Kalau banyak warna nampak kau ni immature. And resume ni sebenarnya boleh kau tunjukkan perasaan yang kau ni memang betul cari kerja atau tak.
Kalau kau buat cincai lagi lah taktau nak cakap ape
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benda paling penting adalah kau kena explain in very detail jobscope on current and past company. Ini kau spend berapa muka surat pun takpe.
Even untuk fresh grads, penting untuk kau tulis even tempat kerja or part time kau. Tak kisah kau kerja retail ke masa part time tapi kalau kau boleh olah ayat tu jadi cantik recruiter akan nampak kau.
Guna powerful action verbs contoh, managed, established, motivate, create. ayat2 ni boleh google type "powerful word to write in resume". Explain in professional way. Sekarang ada chatgpt boleh guna. Bila tulis job description kau jangan tulis simple contoh "handle new and existing project or prepare proposal to client". Just jangan. tulis in very detail together dengan achievement in one sentenced. Contoh "Lead and managed new project assigned to make sure the project delivered on time without further delay. Sucessfully managed and delivered on time by saving 100k project cost" ayat ni kau copy letak kat chatgpt. suruh dia tulis more professional and letak lah point lain yang kau rasa bagus.
Benda ni sangat2 penting untuk kau tulis baru lah nampak kau ada value and be professional. Even kau part time kat kedai runcit tapi kalau kau manfaat kan betul2 ayat tu serius nampak kau power.
Tapi sayang ramai yang tak fokus benda ni. Ada yang letak traits asing padahal tak perlu pun. (contoh: multitasking, work under pressure, neat and others). Explain terus dekat job description kau sekali dgn achievement.
Sayang tengok setengah candidate ni bagus giler experience dia, value dia, knowledge dia semua 100. Tapi sayang dia tak dapat express benda tu dalam cv dia. So, recruiter mana nak kenal dia and reject. Kalau dia spend masa lagi inshallah banyak offer.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tips lain adalah better kalau kau buat summary atas diri kau. Cara nak tulis summary kena letak 4 ni. Job position + Experience + Achievement + Traits + Interest. Interest ni kau kena tulis apa yang kau minat dalam bidang kau and letak love to seek and explore new things and gain knowledge. Benda ni macam kena ada baru orang tengok kau ni ready to accept any challenge and bersungguh dalam apa yang kau nak buat.
Lain tu skills kena highlight. Yang ada professional cert lagi kena highlight. Kalau ada achievement apa2 yang kau dah achieve dari sijil tu just tulis sebagai kekuatan kau. Tolong jangan explain skills kau tu dengan star ke bulat ke. just jangan buat.
Okay itu je aku nak share semoga bermanfaat. Selamat ber job-hunting.
Sunday, April 14, 2024
Pening pilih Course apa lepas SPM?
Gen-Z - Generasi Pengubah Budaya Kerja
Aku ada baca linkedin dimana orang sibuk berbincang tentang hal dan attitude Gen-Z. Sampai ada article khas untuk generasi ni. Aku percaya b...
-
Oleh sebab peluang pekerjaan yang kurang. Graduan sanggup kerja macam mana pun janji dapat kerja termasuklah aku. Aku asalnya tak minat bua...
-
Sambung. Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company t...
-
Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...