Sunday, September 22, 2024

Benda Paling Penting Dalam Resume (Pada Pandangan Sendiri)

Kadang2 kalau tengok twitter and facebook banyak dah tips2 nak buat resume, baguslah. cuma aku rasa tips dia tak tepat and more to commercial. Aku tak cakap semua tapi better kau dengar dari adviser, aku lupa nama apetah. Di dalam position aku sekarang, aku sendiri berpeluang review and interview candidate and banyak benda yang aku belajar dari view aku sendiri

Kita ni selalu dimomok kan dengan betapa strict nye cv kau kene buat. wajib satu pagelah, kena simple selagi boleh kena fancy dah sebagainya. 

Jujur cakap bagi aku benda tu tak betul. Kemas itu perlu tapi tak semestinya simple. resume ni lah first step untuk kau tarik perhatian recruiter ni ambik kau. So, ambik masa buat sehabis baik. 

Paling penting dalam cv kau kena introduce diri kau sebaik boleh. Dari segi skills, education or experience. Orang yang review cv/resume sangat subjective. Maybe dia boleh panggil kau sebab kan universiti kau or cert skills yang kau ada. Dia tak tengok yang lain. So kena manfaatkan CV kau tu tulis apa yang patut recruiter tahu tentang kau. 

Tak perlu tulis hobby kau, takde recruiter kisah kalau kau minat memancing ke, kumpul setem ke, berbasikal.

Secondly, resume takde limit nak 1 page sahaja. kau boleh buat 2-3 page no issue. 1 page kalau simple sangat pun tak guna juga.Memanglah kau dgr recruiter banyak nak review cv korang.. abistuuu kalau simple sangat dgn star2 and bulat2 ni kau mudahkan kan kerja dia nak reject korang.

Bagi aku fancy tu tak main peranan and nampak kau immature. Terus terang aku cakap. Aku cukup tak minat kalau contoh kau letak star2 ke bulat ke skills kau out of 5. Apa yang kau boleh explain kat situ. Memanglah kau dgr recruiter banyak nak review cv orang.. abistuuu kalau simple sangat dgn star2 and bulat2 ni kau mudahkan kan kerja dia nak reject korang.

Jauh lagi baik kau dapat describe diri kau even cv kau plain black & white in very details supaya recruiter puas baca kau punya resume.

Bagi aku resume adalah cerminan atau first view recruiter terhadap diri kau. Let's say kalau kau buat simple sangat, nampak kau ni tak serius and pemalas. Kalau banyak warna nampak kau ni immature. And resume ni sebenarnya boleh kau tunjukkan perasaan yang kau ni memang betul cari kerja atau tak. 

Kalau kau buat cincai lagi lah taktau nak cakap ape

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benda paling penting adalah kau kena explain in very detail jobscope on current and past company. Ini kau spend berapa muka surat pun takpe. 

Even untuk fresh grads, penting untuk kau tulis even tempat kerja or part time kau. Tak kisah kau kerja retail ke masa part time tapi kalau kau boleh olah ayat tu jadi cantik recruiter akan nampak kau. 

Guna powerful action verbs contoh, managed, established, motivate, create. ayat2 ni boleh google type "powerful word to write in resume". Explain in professional way. Sekarang ada chatgpt boleh guna. Bila tulis job description kau jangan tulis simple contoh "handle new and existing project or prepare proposal to client". Just jangan. tulis in very detail together dengan achievement in one sentenced. Contoh "Lead and managed new project assigned to make sure the project delivered on time without further delay. Sucessfully managed and delivered on time by saving 100k project cost" ayat ni kau copy letak kat chatgpt. suruh dia tulis more professional and letak lah point lain yang kau rasa bagus.

Benda ni sangat2 penting untuk kau tulis baru lah nampak kau ada value and be professional. Even kau part time kat kedai runcit tapi kalau kau manfaat kan betul2 ayat tu serius nampak kau power. 

Tapi sayang ramai yang tak fokus benda ni. Ada yang letak traits asing padahal tak perlu pun. (contoh: multitasking, work under pressure, neat and others). Explain terus dekat job description kau sekali dgn achievement. 

Sayang tengok setengah candidate ni bagus giler experience dia, value dia, knowledge dia semua 100. Tapi sayang dia tak dapat express benda tu dalam cv dia. So, recruiter mana nak kenal dia and reject. Kalau dia spend masa lagi inshallah banyak offer.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips lain adalah better kalau kau buat summary atas diri kau. Cara nak tulis summary kena letak 4 ni. Job position + Experience + Achievement + Traits + Interest. Interest ni kau kena tulis apa yang kau minat dalam bidang kau and letak love to seek and explore new things and gain knowledge. Benda ni macam kena ada baru orang tengok kau ni ready to accept any challenge and bersungguh dalam apa yang kau nak buat. 

Lain tu skills kena highlight. Yang ada professional cert lagi kena highlight. Kalau ada achievement apa2 yang kau dah achieve dari sijil tu just tulis sebagai kekuatan kau. Tolong jangan explain skills kau tu dengan star ke bulat ke. just jangan buat.

Okay itu je aku nak share semoga bermanfaat. Selamat ber job-hunting. 







No comments:

Post a Comment

Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...