Sunday, April 14, 2024

Pening pilih Course apa lepas SPM?

Aku tulis harini sebab aku rasa monday blues betul and mencari mood nak kerja lagi. Harini baru start kerja lepas raya. Then, memandangkan musim berziarah, tak sangka ada juga sedara, sepupu yang dah habis SPM tanya pasal nak sambung belajar ke universiti, kolej and lain2.

Tapi... aku rasa bosan nak tulis pasal asasi, matrik, diploma ke apa. sebab benda ni mana2 boleh google. 

Bendanya simple.. kalau kau dah tau nak ambil apa universiti apa senang. Tapi ni bergantung pada result kau jugak. Orang kata ukur baju badan sendiri. Contoh janganlah ambik medic kalau subjet sains tiga tu pun kau fail manjang. Kalau kau tak tau better ambik asasi, matrik, STPM. Aku tak reti nak ulas lebih benda ni sebab last aku mintak upu 14 tahun lepas.

Ini just pandang aku. Aku harap ianya membantu. 

Harini aku nak cakap pasal pilih bidang yang betul. Pilih bidang yang betul ni penting sebab belajar kat universiti ni berbayar dan ini investment kau untuk mula berkerjaya. Lagi kau ambil PTPTN dah kerja nak clear hutang lagi. Salah ambil bidang kadang2 takkan bawa kau ke mana dan terus menganggur. 

Bagi aku cara kau nak pilih sesuatu bidang tu adalah kau kena tengok peluang pekerjaan mana yang banyak, demand yang tinggi dan apa teknologi seterusnya lagi 5 tahun. Benda ni kau boleh nampak sebenarnya kalau kau rajin baca paper, tanya orang dsb. 

Sebagai contoh, sekarang kita tengok banyak negara tekankan pasal renewable energy. Teknologi solar/wind yang semakin upgrade, kerajaan yang ke arah National Energy Transition, global sekarang cakap pasal decarbonization and paling top sekarang kereta EV. 

So dari contoh atas kau boleh nampak by the time kau grad, industri perlukan kau untuk teknologi2 ni.  peluang kerja kau tinggi. Ambil masa sedikit untuk study deeper course2 apa yang related untuk technology ni. Bagi aku tak semua bidang engineering tu scam. Kalau kau ambil bidang electrical, instrument, elektronik, mechatronics bidang2 ni masih relevan and sentiasa ada R&D dan penambahbaikan. Lagi syok bila mana kau dah final year FYP kau berkenaan dengan teknologi semasa yang memang perlukan research. Ini mantap. 

Lagi satu, global cakap pasal IR 4.0. Cari course yang related to automation ke IOT dan lain2. Benda ni future.

Secondly, cari lah bidang yang technology dia sentiasa sustain and updgrade dari tahun ke tahun. Contoh course IT. Kau boleh tengok dari zaman 80-an ke sekarang adakah IT punya technology terbantut? Tak langsung. Dari nak beli barang kat kedai to online, dari nak transfer duit ke atm sekarang pakai phone and macam2 benda teknologi baru sekarang. Sekarang dengan AI nye. Kalau dulu orang kata dunia dah hujung jari. Itu belas tahun lepas. Sekarang lagilah maju and bertambah maju. 

So, maksudnya bidang IT ni bagus untuk future lagi berbelas or berpuluh tahun lagi. Lagi sekarang ada data science, cyber security in future mungkin lebih canggih. Jangan pernah ketawakan atau pandang rendah teknologi baru. Takut kita yang ketinggalan dan terkebelangkan. Kenapa bahaya sebab let's say teknologi robotik dah semakin maju apa jadi dengan pekerja kilang, apa jadi dengan engineer yang mana robot pun boleh buat? Kita takde value dah kat situ. Robot dah ganti dgn manusia.

Lagi satu point atas pasal teknologi tu penting ya, bila mana course kau yang belajar tu actually robot boleh buat atau ada software boleh buat apa yang kau boleh sumbang untuk industri atau bidang kau. 

Selain pada course IT course finance and account atau seangkatan ni pun aku tengok sustainable. Sebab dekat dunia ni semua berkait dengan duit. Tak kisah lah kau buat apa2. Aku bukan dalam bidang ni aku taktau apa future account/finance boleh bagi tapi benda ni sustainable. Jarang aku dengar grads pada course ni menganggur. 

Pilih bidang ikut minat tak salah. Janji minat kau tu ada peluang pekerjaan. Jangan lah kau minat benda yang scope dia kecik, niche, pelik2 , susah nak cari kerja end up cari peluang kerja. Sebab apa, sebab industri tak boleh nak follow apa yag kau minat and belajar. Kau kena follow economy dan technology sekarang. 

Point lain, penting untuk follow keadaan semasa. Baca article surat khabar tentang lambakan pengangguran ni dari bidang apa. Cuba elakkan ambik course tersebut sebab persaingan tinggi once kau dah grads. 

Conclusion dia adalah, before kau pilih bidang kau tu, kau kena tau lagi 5-6 tahun kau nak kerja apa. Nak kerja account ke, engineer ke, programmer ke, lecturer ke kau dah kena imagine dah dari sekarang. And kau kena fikir that logik atau ada chance tak aku nak achieve ke situ. Then, kau fikir adakah kerjaya kau masa depan ni akan buat kau hidup senang, gaji lumanyan dsb. Kalau kau rasa course tu takde future yang promising and buat kau struggle then pilih course lain. 

 Selalu berpijak di bumi yang nyata. Face the reality. Dengar cerita orang kerja tu ini memang sedap. Tapi kena ingat rezeki Tuhan tu masing2 lain. Tak salah nak aim tinggi, tapi biar realistik. Daripada situ barulah kau boleh plan elok2 bidang yang kau pilih.

It's better kau tanya kat orang yang dah ambil course previously and tak perlu pun pergi career fair tanya. Tanya orang yang ada experience ambil course tu. Boleh cari kat linkedin dsb. Jangan malu bertanya kalau nak berjaya. 

P/S: Mungkin ada course lain yang bagus aku tak sebut, tak kisah dalam bidang sastera, sains fizik or sains hayat yang tu better korang explore sendiri. Kalau keadaan economy atau teknologi tu ada demand go for it. 












No comments:

Post a Comment

Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...