Sambung.
Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company tu bukan untuk career growth. Bayangkan ada colleague aku umur 52 tahun masih sama pangkat dengan aku cuma dia ada tittle senior. In which kau boleh dapat tittle senior hanya dalam 2 tahun bekerja. Sana takde manager sebab MD dia sendiri buat kerja manager. So papehal kau kena direct dengan MD dia terus.
Satu lagi, aku tak suka enquiry client yang urgent2. kau bayangkan kau siap nak packing balik. client kau call esok dia nak barang tu ada dekat site. So kau bayangkan kau kena buat semua benda tu haritu jugak. Dia mintak macam2 tapi harga murah. Itu normal. But actually benda tu best jugak sebab boleh challenge diri kau sendiri. Bila kau dapat arrange and execute job tu kau akan rasa kepuasan.
Pastu part kutip hutang. Setiap minggu akan ada meeting untuk update hutang2. Yang ni pon pishang gak sebab ada client lambat bayar kadang taknak bayar so as sales ni la yang kena hadap. Memang bosan. Jenuh kau nak cari alasan supaya boss tak marah.
But at last, main reason aku berhenti is career growth. Walaupon dia bagi aku benefit macam2 contoh medical, shell card. T&G aku tetap resign demi masa depan aku. And aku pon apply satu company service. First impression aku company ni quite big and kira boleh bangga masuk company tu. Aku apply as sales jugak.
Offer letter BM dengan dua helai muka surat. Sempoi. Aku tunjuk kat bapak aku pon dia gelak. sebab simple sangat. Kerja contract staff sahaja. Benefit medical pon takde. Hat ni memang rare gila. Aku tanya HR, HR boleh jawab "Ala takpe MC kami kira, lagipun elaun awak dah banyak". Kelakar bodoh jawapan dia.
Yang ni aku taktau nak share macam mana pengalaman aku. Aku accept jugak sebab company ni kira besar. Part contract tu aku tak kisah sangat. sebab kalau ng bagus ng dapat lah extend contract tu. Simple. So bila aku nampak company lagu tu. aku rasa boleh la aku dapat pengalaman duduk site and better exposure dengan company lepas.
To be continue..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)
Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...
-
Oleh sebab peluang pekerjaan yang kurang. Graduan sanggup kerja macam mana pun janji dapat kerja termasuklah aku. Aku asalnya tak minat bua...
-
Sambung. Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company t...
-
Setahun 6 bulan aku kerja di company paling latest ni.. jujur aku cakap ini lah company yang paling best in term of work enviroment dia. re...
No comments:
Post a Comment