Jawapanya tidak.
Selepas aku resign dari second company aku. Aku ada masa dalam seminggu untuk aku report duty to another company. So aku tahu gaji aku kena potong paling teruk pun hold. aku fikir macam mana nak generate income untuk aku survive dalam bulan depan ni. so apa aku buat is aku buat grab sebab aku taknak pun usik duit simpanan aku. Aku fikir this is the best way untuk dapat income dalam seminggu ni.
Idea aku dapat bila mana aku ada perasan iklan dekat rumah aku pasal grab. Yang menarik perhatian is registration fee is free. Approval in 24 hours and sebulan boleh dapat RM5000 per month. Aku pun macam wow lah kan. Yelah kalau sebulan pon kau dapat RM5000 seminggu kau boleh dapat RM1250!!! Siapa taknak bro. tapi aku masih rasa untuk dapat that amount is very unrealistic and how grab dapat untungkan? aku takda idea but why not aku try. So aku trylah buat lepas aku punya application dah approved.
Based on my observation selama seminggu aku mmg rasa tak untung langsung bawak grab. Kalau buat full time aku taktau lah driver ni buat calculation macam mana. Memang gila rugi.
So here's the points:
1. Mula2 bila kau nak buat kau akan open driver availabilty. So kau tunggu punya tunggu dapat satu job. Kau dekat point A. Nak ambik passenger kau kat point B in which jarak dia 3-4km kalau plg jauh la aku rasa setakat ni. Ada yang kena ambil sampai 6-7 dari point. Situ kau kena kira modal bro.
2.Then tiba2 kau rasa jauh nak ambik. tapi kalau kau tak accept job. rating acceptance kau turun. fyi, percent acceptance is 30% below than that tak boleh.
3.Sebab kau nak jaga jugak kau ambik. Passenger nak ke Point C dalam 3-4km dekat je. So kalau dekat biasa RM5. Lepas kau ambik and hantar semua kau dapat lah RM5. Tapi jangan ingat kau dapat RM5 tau! sebab actually grab ambil 25% kau. which is banyak doh!!
So in total berapa kau dapat?
Minyak= total perjalanan= (point A+B+C) = (3km + 4km)= 7km
so kereta kira contoh kau pakai myvi 13km/L
7km x 1L / 12km = 0.58L
so darab dengan harga minyak RM2.20 seliter kau kena tolak dengan RM1.28
okay so berapa bersih kau dapat is:
Total tambang - 25% commission grab - duit minyak
RM5- RM1.25- RM1.28 = RM 2.47
RM 2.47 sahaja broo!!! Minyak ni aku kira kasar je. sebab tengok kereta and cara kau bawak.
Kalau kau bawak dlam eco mode memang lah jimat tapi berapa sen sen sgt bro. kalau tak tolak minyak kau dapat RM 3.75 je broooo!! wth doh murah gila. bayangkan kalau kau bawak masa tengah jam macam mana? calculation dah lain jugak.
pergh memang tak patut. grab memang charge murah kat passenger tapi driver kena teruk.
Then aku dengar dekat facebook siap tunjuk income dia harini dalam RM150. Dia pun bangga dapat rm150 sehari. Bro income tu kasar kau je bro. tolak dengan comm grab kau dapat dalam 112.50 je bro. Belum tolak minyak lagi dohhh. Tak payah nak bangga cakap keluar pukul 12 tengah hari baru start job. Kau sedar tak kau rugi belum tolak makan minum kau lagi.
And aku tak paham orang yang duduk kejar ambik or hantar pergi KLIA. Tambang memang mahal. tapi kau untung sikit je dohh. Contoh kau nak hantar org pergi KLIA. Kau kat pj. Jarak kau dengar passenger tu alhamdulillah dalam 1km je. Ok kau ambik hantar and dapat RM65 lepas tolak comm grab kau dapat 48.75 tu belum tolak minyak. Jauh tau kau hantar dia.
Lepas tu dah hantar tu kau ada kira modal kau nak balik ke PJ??tolak berapa je kau tinggal? plus toll balik kau kena bayar sendiri. Then kau rasa kau bijak kau nak jugak tunggu dekat KLIA nak ambik passenger dari sana. Kau ingat terus dapat job??? kau salah bro. kau kena tunggu giliran. and the problem is ramai lagi driver lain duk tunggu passenger kau pun kena ambik no. giliran. Sebab kan kau start job pun tgh hari. kat sana pun panas kau duduk dlm kereta tunggu. Aku taktau berapa lama. Ingat, aircond kau jalan bro.
Then lepas kau tunggu dapatlah passenger. Dapat pulak kau kena hantar pergi KL kira dalam RM80 camtu tambang dia. tolak grab comm kau dapat lah RM60 belum tolak duit minyak. sebab aku malas nak kira. hahaha. Alhamdulillah dapat lah RM108.75. kau pon happy tulis kat fb duduk puji grab yeay. Grab pun tepuk tangan sebab dia untung atas angin. condition kereta kau semua dia tak kisah pun.MWAHAHA.
and aku pun pernah pulun buat satu hari income kasar aku RM250 sehari tu aku buat dari pukul 8.30pagi sampai 10malam. Pagi tu aku isi minyak. esok tu pon aku minyak full tank. so kalau pulun pon kau bayang kau boleh dapat RM117.50 sehari lepas tolak duit makan. kau keje pagi balik malam. pinggang kau sakit. kereta kau pon mileage dah tinggi. Memang tak berbaloi.
Then logik pon kau push sampai average RM300 kasar sehari tolak comm kau dapat RM225 sehari kau dapat dalam RM6750.00 memang banyak. Tapi kau logically kau dapat ke push non stop setiap hari takde rehat. start pagi balik malam. kereta kau pon hari2 jalan jauh. last maintenance pun cecah ribu.
So conclusion nya bawak grab memang tak untung. tu belum cite masalah rider lagi. Kalau nak buat grab tu. pikirlah2. Lagi2 yang dah ada kerja nak resign buat full time grab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)
Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...
-
Oleh sebab peluang pekerjaan yang kurang. Graduan sanggup kerja macam mana pun janji dapat kerja termasuklah aku. Aku asalnya tak minat bua...
-
Sambung. Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company t...
-
Setahun 6 bulan aku kerja di company paling latest ni.. jujur aku cakap ini lah company yang paling best in term of work enviroment dia. re...
No comments:
Post a Comment