Office-frogging ada istilah dimana, pekerja kerap melompat dari satu syarikat ke syarikat dalam setahun. Kenapa ada istilah ini sekarang? Istilah ini adalah trending Gen-Z sekarang yang mana mereka kerap bertukar kerja dalam atau kurang dari setahun sebab mereka perlukan booster dalam career samada gaji dan career development yang pantas.
Persoalannya adakah Gen Z ini bermasalah atau tidak.
Bagi pandangan aku, mereka ini antara pencetus kepada perubahan budaya kerja lama yang orthodox. Sikap berani mereka inilah yang menyelematkan generasi terdahulu dan generasi seterusnya.
Kalau dahulu majikan menekan pekerja, sekarang tidak lagi. Gen-Z ni berani melawan dan sanggup ambil risiko.
Dengan adanya trend ini sekarang, para majikan terpaksa untuk menukar 'corporate culture' yang akan lebih menghargai dan mengambil berat tentang hal pekerja.
Kalau dulu generasi lama takut dengan bos, atau hanya menjadi 'yes boss' sekarang budaya itu akan berubah menjadi 'why boss'. In the end, mahu atau tidak, majikan terpaksa menurut atau adapt dengan budaya tu.
Kenapa kita perlu berterima kasih dengan gen-z?
Bayangkan kita masuk bangunan 50 tingkat. Aku gunakan istilah bawah ni untuk mudahkan.
Tingkat/floor - level berkerja/pangkat. lagi banyak tingkat lagi tinggi level kerja atau gaji.
Pihak bangunan - Majikan atau syarikat
Generasi dulu terpaksa naik tangga sebab bangunan tak sediakan lift. Orang lama terpaksa berhempas pulas untuk naik dan makan masa nak ke tingkat atas. Nak bla pun tak boleh sebab mungkin dah naik separuh floor.
Datang generasi-Z yang demannd lift atau elevator. Kalau tak sediakan dia akan keluar dari bangunan (resign). Mula pihak bangunan tak endah kan benda ni. tapi makin lama makin ramai yang gen-z ni keluar dari bangunan. Pihak bangunan pun dah pening kepala. Silap2 kosong bangunan ni.
In the end pihak bangunan takde pilihan terpaksa sediakan jugak lift/elevator. apa jadi? orang dah tak perlu naik tangga. masa untuk naik ke tingkat lain mudah. Imagine bukan generasi alpha saja boleh guna lift tu tapi generasi lama pun dapat tempisasnya.
So, mungkin kita akan rasa tempias work-life balance, rasa di hargai oleh syarikat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment