Thursday, July 18, 2019

Tidur Kena Himpit atau sleep paralysis

Aku sampai sekarang question benda ni. bila tidur rasa kena himpit ni. adakah mmg kene hempap atau sleep paralysis. Sampai sekarang aku tak jumpa jawapan and still confuse.

Bila aku baca internet dari sudut sains kata sleep paralysis dari sudut lain kata mmg kena himpit. Tak sure. Tapi aku nak cite pengalaman aku, aku tulis ni sebab aku dulu selalu kena.

First time aku kene masa aku F2 kat sekolah asrama. Aku tidur dekat katil atas, sebelum tu senior warning katil aku ni angker sikit, sebab siapa tidur situ mmg kena punya. Aku pun masa tu manada choice nak tukar katil kan. so tidur jela situ. awal2 mmg takde ape tapi ada satu malam tu.

Masa tu aku kira penat nak mampus seharian tu. aku tak ingat apa aku buat haritu tapi penat gile2. balik asrama terus tido. masa aku tido tu start tu lah aku rasa ada benda duduk atas aku. Tidur kena himpit ni rasa dia ibarat kau tengah tidur, tapi badan kau tak gerak langsung. kau try gerak kuat and banyak mana pun badan kau still static. and kau akan half awake. Sakit doh. Kau akan rasa sesak nafas macam tu. Aku struggle jgk gerakkan tangan akhirnya aku lepas. bila dah okay tu kena balik benda sama. aku lawan balik pastu aku bangkit terus gi tandas basuh kaki. so lepas tu takde pape.

Tapii.. lepas kejadian first aku tiap malam kena. serius bai. tiap malam aku kena. aku cite kat senior tu. bila kau kena tu kau try jerit kuat2 atau azan atau baca la ayat qursi 3 kul ke. Mmg aku tiap hari kena lagi tapi aku tahu cara nak lepaskan diri and dah lali dah.

Paling scary aku kena bila mana macam biasa kena himpit. mata aku bukak separuh dekat kaki aku aku nampak ada makhluk hitam mata merah siot.. dia tengah pandang aku. pastu aku terus pejam mata and macam biasa aku lepaskan diri. esok aku bangun lama aku pikir mungkin tu imaginasi aku kot. mimpi ke ape. so aku buat bodoh. thenn... minggu depan ada bdk F1 kena macam aku siot. cara dia cerita tu mmg sebijik macam aku kene. dia cite kat kawan dia sorang tak percaya. tu sebab aku diam2 and tak cerita kat org. 

Pastu member aku pulang try tido situ masa tu dia ponteng prep malam. dia tido dia kena jgk. last2 mmg dia percaya katil aku tu angker. hahahaha.

Ok second story, pernah tak korang dengar orang cakap masuk tempat orang jangan happy sangat and buat benda2 pelik. Bila orang cakap macam tu kau ikut jela. Kes ni aku kene masa pergi btn dekat satu tempat ni. Asrama tu mmg scary siot sebab bila kau masuk je kau ada nampak macam sup bunjut tergantung dengan siling atas tu. Aku tanya komander tu dia tak nak bgtau. So cite dia ada satu malam tu mmg kitaorg enjoy gila2 punya. mmg bergurau gelak kaw2 sampai pukul 12 rasanya. so pastu semua tido. So masa aku nak tido tu macam biasa aku kena himpit and plg scary kau dengar bunyi mengilai betul2 kat telinga kau. dia tak kuat tak perlahan tapi kau dengar mcm movie hantu biasa kau tengok. fuuhh sial lah. takut hanat masa tu. aku lawan berpeluh jgkla, pastu terjaga pastu terus kejut kawan aku katil sebelah.

Third story, masa aku first year first sem degree kat uni. Bilik aku ni tingkat atas sekali ada dua orang je. aku dengan kwn aku. Bilik tu scary doh. aku rasa mmg ada smtg. Ok sambung. masa aku duduk ngan kwn aku ni. bilik mmg bersepah nak mampus. kawan aku ni plk jarang ada kat bilik sebab rumah dia dekat je. so mmg aku selalu sorg2 dlm bilik. Pergh,ada satu masa aku tidur dlm pukul 6.30 ptg tu, aku kena himpit, then dengar macam bunyi org asah pisau, betul2 kat telinga kau. Fuck doh, nak taknak kau lawan jela. and paling scary, ada sekali masa aku tidur, aku kena himpit ni plg lama aku rasa. masa kena tu mcm ada satu angin dari kaki naik ke badan kau, and dia cakap " Jangan ganggu aku lagi". angin tu smpai kepala suddenly hilang aku pun terjaga.

Bilik tu mmg haunted sampai aku pernah jumpa jelmaan member aku dalam bilik, esok tu dia kata dia baru balik asrama harini. Fuhh, and aku pernah rasa ada benda follow and tengok aku. bygkan pernah 2 bulan aku takleh tido smpai subuh datang. Kau takleh tidur sebab benda tu rasa betul2 sebelah kau. Badan kau berpeluh bulu roma aku naik. Aku stress gila smpai aku pernah jerit dalam bilik tu sorang2 "KAU NAK APE SEBENARNYA HA?".

Well itulah pengalaman aku, sampai sekarang aku not sure nak percaya tak sleep paralysis in term of sains or alam mistik.



RISAU

Makin meningkat umur kita makin banyak kita fikir, makin banyak kita risau. Risau takda duit sekarang dan masa depan. Risau pasal kerja. Tak naik pangkat. Risau tak dapat bayar hutang. Risau, risau dan risau. 

Dalam tak sedar, lagi banyak penyakit kau akan dapat contoh stress, depression, anxiety, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Well, itulah lumrah kehidupan. Nak taknak benda tu selalu main kat kepala. Aku just nak share ada satu buku aku baca dari dale carniege. Tajuk "How to stop Worry" and one of the thing dia kata dalam buku, bila dia buat research dia tengok banyak buku tentang "worry" sahaja. Well, benda ini for me it's serious.

Bagi aku, bila ada benda yang kita risau ingatlah. setiap benda itu mesti ada mula dan akhir. Mula dengan masalah kau dan akhir dengan whether good or bad ending. Well, if it's good ending and it's good for you, but how about bad ending??

Bila bad ending, bagi aku senang je. what's the worst outcome? Adakah kau boleh redha atau tak? Kalau kau redha dan kau fikir itu jelah cara dia. lepas tu percayalah kau akan tenang tanpa aku fikir.
Aku share contoh dari buku aku baca tadi. 

Cerita dia ada seorang businessman dia berniaga. Lama kelamaan, perniagaan dia tak untung tapi hutang dia banyak. Dia sangat risau tentang semua tu sampai dia tak boleh tidur (insomnia), takde selera makan dan lama kelamaan dia jatuh sakit. Dia ada penyakit kat perut. Aku lupa apa nama dia.
Tapi bila doktor diagnos dia, doktor kata dia ada 2 bulan untuk hidup. Tengok berapa teruk gila depression dia.

Bila jadi macam tu, dia kata dia accept benda tu, sebab at least dia tahu bila dia akan mati and nothing to lose. Forget about the business since dia pun dah nak mati. Bila dia set otak dia macam tu,
malam tu dia macam redha and for the first time dia boleh tidur lena. Esok pagi dia bangun like happy person and continous untuk hidup macam tu until penyakit2 dia sembuh sendiri and dia start kerja balik macam biasa. See, bila worry kau hilang penyakit kau pun hilang. 

Ingat, jangan biarkan risau tu berlegar dalam kepala otak. bile ada problem, the best way is to face it. Kau kena hadap dia untuk lawan risau kau. Kalau kau takut, sampai bila2 benda tu ada dengan kau. Setiap problem ada penyelesaiannya. Kau tak boleh selesaikan masalah kau semua dalam satu masa.
Kita di bahagikan kepada tiga masa. Masa silam, harini, dan masa depan. Semalam adalah masalah kau, kau bawa ke harini kau fikir tentang risau kau, future pun kau risau lagi. Sampai bila2 benda ni tak kan settle.

But what if kau lupakan masalah kau semalam. harini kau akan cuba settlekan risau kau tu sebaik mungkin. Tiap hari kau bangun pagi, doa kat allah kata ya Allah aku bersyukur diberikan kehidupan lagi, dan permudahkanlah segala urusan aku. Fikirkan dalam kepala, harini je aku ada esok, lusa tah bila aku peluang untuk aku setelkan masalah aku ni. Gunakan harini dengan sebaiknya. Insyallah, esok lusa bertambah baik.

Lastly, bila kau dah buat semua ni, mintak doa kat Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Ingatlah setiap ujian yang Allah bagi Allah tahu kita mampu untuk hadapinya. Merayu lah dekat Allah yang satu, sujud dan mintalah segala-galanya sesungguhnya Allah Maha Kuasa. Jangan sesekali letakkan logik paling atas, ingatlah Allah sentiasa berada yang paling tinggi.

P/S: Pernah masa esok tu result SPM, masjid area aku ada buat solat hajat. And ada kawan aku kata buatpe nak buat solat hajat, result dah print dah pun. Tak guna. Aku tanya kawan aku balik, andai Allah makbulkan doa orang tu result yang dah print tu dari C jadi A kau caya tak? kawan aku terus diam. Nothing impossible if Allah mahukan sesuatu tu terjadi. 

"Kun Fayakun"







Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...