Dalam tak sedar, lagi banyak penyakit kau akan dapat contoh stress, depression, anxiety, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.
Well, itulah lumrah kehidupan. Nak taknak benda tu selalu main kat kepala. Aku just nak share ada satu buku aku baca dari dale carniege. Tajuk "How to stop Worry" and one of the thing dia kata dalam buku, bila dia buat research dia tengok banyak buku tentang "worry" sahaja. Well, benda ini for me it's serious.
Bagi aku, bila ada benda yang kita risau ingatlah. setiap benda itu mesti ada mula dan akhir. Mula dengan masalah kau dan akhir dengan whether good or bad ending. Well, if it's good ending and it's good for you, but how about bad ending??
Bila bad ending, bagi aku senang je. what's the worst outcome? Adakah kau boleh redha atau tak? Kalau kau redha dan kau fikir itu jelah cara dia. lepas tu percayalah kau akan tenang tanpa aku fikir.
Aku share contoh dari buku aku baca tadi.
Cerita dia ada seorang businessman dia berniaga. Lama kelamaan, perniagaan dia tak untung tapi hutang dia banyak. Dia sangat risau tentang semua tu sampai dia tak boleh tidur (insomnia), takde selera makan dan lama kelamaan dia jatuh sakit. Dia ada penyakit kat perut. Aku lupa apa nama dia.
Tapi bila doktor diagnos dia, doktor kata dia ada 2 bulan untuk hidup. Tengok berapa teruk gila depression dia.
Bila jadi macam tu, dia kata dia accept benda tu, sebab at least dia tahu bila dia akan mati and nothing to lose. Forget about the business since dia pun dah nak mati. Bila dia set otak dia macam tu,
malam tu dia macam redha and for the first time dia boleh tidur lena. Esok pagi dia bangun like happy person and continous untuk hidup macam tu until penyakit2 dia sembuh sendiri and dia start kerja balik macam biasa. See, bila worry kau hilang penyakit kau pun hilang.
Ingat, jangan biarkan risau tu berlegar dalam kepala otak. bile ada problem, the best way is to face it. Kau kena hadap dia untuk lawan risau kau. Kalau kau takut, sampai bila2 benda tu ada dengan kau. Setiap problem ada penyelesaiannya. Kau tak boleh selesaikan masalah kau semua dalam satu masa.
Kita di bahagikan kepada tiga masa. Masa silam, harini, dan masa depan. Semalam adalah masalah kau, kau bawa ke harini kau fikir tentang risau kau, future pun kau risau lagi. Sampai bila2 benda ni tak kan settle.
But what if kau lupakan masalah kau semalam. harini kau akan cuba settlekan risau kau tu sebaik mungkin. Tiap hari kau bangun pagi, doa kat allah kata ya Allah aku bersyukur diberikan kehidupan lagi, dan permudahkanlah segala urusan aku. Fikirkan dalam kepala, harini je aku ada esok, lusa tah bila aku peluang untuk aku setelkan masalah aku ni. Gunakan harini dengan sebaiknya. Insyallah, esok lusa bertambah baik.
Lastly, bila kau dah buat semua ni, mintak doa kat Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Ingatlah setiap ujian yang Allah bagi Allah tahu kita mampu untuk hadapinya. Merayu lah dekat Allah yang satu, sujud dan mintalah segala-galanya sesungguhnya Allah Maha Kuasa. Jangan sesekali letakkan logik paling atas, ingatlah Allah sentiasa berada yang paling tinggi.
P/S: Pernah masa esok tu result SPM, masjid area aku ada buat solat hajat. And ada kawan aku kata buatpe nak buat solat hajat, result dah print dah pun. Tak guna. Aku tanya kawan aku balik, andai Allah makbulkan doa orang tu result yang dah print tu dari C jadi A kau caya tak? kawan aku terus diam. Nothing impossible if Allah mahukan sesuatu tu terjadi.
"Kun Fayakun"
No comments:
Post a Comment