Ironi nya, poor dad tu adalah educated dad. Rich dad adalah uneducated dad. Kenapa? Simple. Dua2 ni ada view yang sangat lain dalam seni kewangan. Financial literacy.
I can't afford this. Itulah fikiran dari poor dad.
How we can afford this? There must be the way. rich dad.
Kita selalu dimomok kan dekat sekolah. Belajar pandai-pandai dapat ijazah jadi profesional. Baru boleh hidup senang. Tapi kenapa golongan profesional ni pun struggle dalam kehidupan seharian.
Apa yang Robert tulis di dalam buku masih terjadi lagi dalam kehidupan sekarang. Orang yang ada degree masih ada rutin yang sama mengharapkan gaji bulanan untuk bayar bil dan tax. Tolak commitment semua hanya tinggal balance yang entah cukup entah tak sampai ke bulan depan.
Itulah realiti orang profesional makan gaji sekarang. Mungkin sebab ajaran doktrin di zaman sekolah yang menjanjikan kemewahan dengan segulung degree. Bila dah ada degree nak kena kereta besar ada rumah kerana bagi sesetengah orang itulah simbol kekayaan.
Sebelum ada salah faham, aku nak bagi disclaimer dulu. Bagi aku ilmu tu penting and kita wajib untuk tuntut ilmu. Cuma dekat sekolah kita tak belajar ilmu mengurus kewangan sendiri even tak boleh beza antara asset dan liabiliti.
So, nak ukur orang tu berjaya ke tak bukan dengan degree pun, tapi cara dia develop asset dan arif mengurus kewangan sendiri. Bagi aku, aku tak kisah orang tu SPM ke PMR, selagi dia tahu cara buat dan mengurus wang, tambah aset, baru di kira berjaya dalam kehidupan.
Tapi jangan pernah hina orang yang ada degree and struggle dalam kehidupan. sebab ilmu tu wajib dintutut selagi ianya bukan sia2 dan lagha.
Dan kadang kadang aku tak faham orang yang lekehkan usahawan kecil2 lan ni. Aku sangat respect sebab orang jenis macam ni berani dari orang yang makan gaji. At least dia cuba ambil risiko. Dia tak harap duit majikan sebab dia sendiri yang bayar pekerja.
Orang yang kaya adalah dimana duit bekerja untuk dia, bukan dia bekerja untuk duit.
Itu sebab dalam buku tu, rich dad ni dikelilingi dengan lawyer, accountant, bank dsb sebab dia sendiri yang meng gajikan profesional tu walaupun dia sendiri tiada degree. Itulah real definition of rich.
Back to this case, aku tak rasa si influencer tu satu isu pun. Pengaruh murid2 jadi usahawan celah mana salahnya. Usahawan pun belajar banyak benda, terutama belajar dari kegagalan. Ilmu yang sangat mahal. Arwah Tun Daim pun bersyukur dia pernah gagal. Gagal menjadikan dia bold and risk taker.
Arwah Tun Daim dulu pun dari peguam ke usahawan.
Sekurangnya si usahawan/influencer tu dia datang sekolah tu menyumbang dan tak mengharapkan apa2 balasan. Bukan ada sesetengah profesional yang minta bayaran dari sekolah kalau nak bagi talk.