Wednesday, November 24, 2021

Penantian dan usaha yang berbaloi

Fuhhhh... Alhamdulillah. Selama 5 bulan aku job hunting, selepas 7 company aku interview....

Finally woi!!! 

Aku dapat kerja baru.. Memang ini yang aku harapkan. Dapat masuk company listed. Happy woii. Benefit yang ngam2 soi. Aku happy. at least boleh lah aku senang sikit lepasni.

Nasihat aku jangan pernah patah semangat. jangan pernah putus asa. Walau 10 kali interview sekalipun kau gagal, jangan mengalah sebab dia mengajar kau untuk buat lagi baik. Rezeki tak pernah salah alamat

Aku just nak share story aku. actually aku hampir give up akhir bulan 9 tu atas dua sebab. satu aku dah malas nak pergi iv + aku dapat offer training offshore tapi kena bond at least setahun. Jujur aku cakap memang impian aku nak pergi offshore. tak pikir banyak aku accept je training tu. Last aku iv bulan 9 dengan satu company A ni. Lepas tu dah tak cari dah sebab aku nak fokus job laut.

Nak jadikan cerita time training tengah bulan 10 tu aku dapat 2nd iv dengan company A ni. Aku taktau apa aku fikir time tu, mungkin aku just nak jaga hati dorang atau just cuba2.. jujur aku cakap aku pun taktau kenapa aku accept walhal aku niat nak stay dengan company sekarang.

So aku pun pergilah 2nd iv. Aku demand gaji tinggi masa tu sebab aku macam tak nak kan. Tuptap minggu depan company A call aku dia offer kerja terus kat aku dengan demand yang aku nak. Aku macam wow serius lah weh. Time tu tak fikir banyak aku accept. HAHAHA.

So, lepas aku hantar resign letter company sekarang, bos just disappointed dengan aku. And dia counter aku but tak banyak macam company A ni. Tapi aku mixed feeling sebenarnya. Sebab aku rasa selesa kerja tempat sekarang. Jarak ke office pun dekat. Aku selesa. Nak banding kerja dekat area selangor jauh jugaklah. Cuma kerja sekarang aku rasa bosan dan malas.

Aku buntu. Nak stay or bla? sebab pros and cons dua company ni 50-50.

Last aku solat istiharah. Selepas isyak je aku buat. Konsisten seminggu aku buat. Aku doa kat Allah. Kalau antara dua ni yang elok Kau permudahkanlah sebab aku benar2 buntu. Kau pimpin lah aku ke jalan yang benar. Sampai hari ketiga aku istiharah. Aku betul2 buntu. Dua pilihan ni masih nampak berat. Malam jumaat aku tambah doa aku. Ya Allah, jika dua2 jalan ini berat kau tunjukkan lah jalan yang baru yakni jalan yang tak disangka.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, Tiada yang lain melainkan Dia. Dialah yang satu.

Jumaat aku dapat phone interview company B. Sumpah aku cakap aku tak apply untuk jawatan tu langsung. Tapi aku accept sebab dia company listed. CEO called aku just tanya background dia kata petang ni you free? let's face to face. Siap aku gunting rambut tengah hari tu, aku pergi iv. Memang inilah jalan istiharah nya. CEO tak tanya banyak terus offer aku apa yang aku demand. So, give us 3-4 days to prepare offer letter then we email you. Your position will be manager.

Alhamdulillah Ya Allah. 

Wallahi itulah interview paling senang aku pernah pergi. Aku yakin inilah jalan istiharah aku. Jalanya jelas tiada halangan. Malah dipermudahkan. Aku bersyukur ya Allah. and finally aku pilih company B. So apa jadi dengan bond aku dengan existing company? kita sambung....




1 comment:

Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...