Tuesday, November 17, 2020

Masuk Universiti tu Tak Penting?

 Ijazah yang terbaik adalah di jalanan.. Tiberr. 

Tahla aku macam cukup tak suka influencer2 tak kisah tauke kosmetik (yang paling banyak flex  pasal gagal SPM), youtuber ke penyanyi ke pelakon bangga yang walau tak masuk U pun boleh berjaya. 

Aku okay je kalau diorang berjaya. Dan kau bangkit dari kegagalan kau. Aku respect. Cuma janganlah influence dorang untuk tak lanjut pelajaran sampai uni ke kolej ke. Tak elok. Ilmu tu dalam Islam letaknya antara yang tinggi. Betapa pentingnya dan wajib kita tuntut ilmu. Fardhu Ain. Jadi pentingnya kita belajar dan belajar. Jalan hidup orang tak sama. Mungkin Allah kata jalan ni kamu berjaya tapi kalau jalan B mungkin kamu gagal. Kita taktau. Kalau semua sama lama dah ramai dah orang malaysia yang kaya2. 

Aku macam confuse dengan perception orang sekarang terutamanya otai2 yang cakap takyah belajar la tinggi2 masuk U bagai bazir duit je. Lepas grad jadilah penganggur terulung. Jangan begitu brader sister. Takde istilah membazir dalam menuntut ilmu. Kalau menuntut ilmu tu membazir kenapa dalam islam kira fardu ain. Islam galakkan membazir ke? Tak kan. Malah Allah naikkan darjat orang yang berilmu ni.

Kalau nak cakap pasal kehidupan dan alam dunia ni cukup luas. Makin kita belajar makin kita tahu kebesaran Allah. Makin kita kenal Allah makin kita dekat dengan Allah.

Ok aku nak cakap pasal adik aku. Baru grad dapat kerja. Alhamdulillah dalam PKP boleh dapat kerja. So nak diceritakan gaji basic standard grad. Ada malaun mana tah yang macam dengki la kot atau nak flex aku tak sure yang tak sambung belajar lepas SPM tapi flex pasal gaji. "Kau belajar tinggi2 tak guna juga gaji sama dengan aku". Adik aku macam down mengadu kat aku.

Dua benda aku pesan kat adik aku. Satu, syukur rezeki Allah, Allah bagi lagi. Dua, Kau tu ada degree career growth kau tu boleh pergi lagi jauh kalau bersungguh dalam kerja. Gaji basic kau sekarang ni hanya sementara dan jadikan ini sebabgai stepping stone untuk kau melangkah lagi jauh. Degree sebagai foundation kau dan pengalaman sebagai tangga kau. Ilmu dan pengalam tu penting. Inshallah. Jangan dengar mulut orang toksik. Jalan terus. 

Yang penting ingatlah kepada adik2 yang nak tengah pikir nak sambung U ke tak, bayangkan satu hari kau pakai topi petak, jubah graduasi dan segulung ijazah depan mak ayah korang. Ingatlah itulah hari yang paling indah yang pernah kau bagi kat diorang. Masa tu air mata dan senyuman cukup istimewa dan special sebab dia bawak kepada satu perasaan yang itu gembira. 

Masa tu ayat dalam hati mak ayah kau adalah...

Ya Allah terima kasih atas anugerah paling indah mengurniakan ku ANAK YANG BERJAYA!

 


Cari Rezeki di Musim PKP

Aku kalau atas motor ke drive tibe2 main lagu k-clique yang sebentar ku pulang mesti rasa sedih. Jujur aku cakap menitik jugak la air mata aku kalau aku dengar lagu tu.

Struggle is real man!

Kalau dulu kerja sebab nak hidup senang. sekarang kerja hanya untuk cukup-cukup hidup. Musim PKP ni lagi ramai yang hustle untuk hidup. Ramai yang diberhentikan potong gaji sebagainya. Aku pernah rasa benda tu. perit cukup perit. 

Bila pikir balik kau kuat sebab kau pikir tanggungjawab kau kat family kau. Kau lelaki tanggungjawab dekat ibu ayah isteri dan anak. Beban tu cukup perit kalau kau takde pendapatan.

Mungkin kau ada simpanan, dapat BPN sebagainya tapi sampai bila nak bertahan. Hari ni insyallah cukup tapi esok belum tentu. Betul percaya kepada rezeki Allah. Salah satunya adalah usaha. 

That's why aku respect brader2 sister2 ni yang sanggup buang ego diorang dari high level management kepada executive ada yang jadi rider grab, foodpanda ada yang buka bisnes. Kepada brader2 sister2 yang buat benda ni aku doakan semoga dimurahkan rezeki. Insyallah semua akan jadi normal balik satu hari nanti. Just bersabar okay!

Untuk orang yang bekerja, dapat gaji penuh aku nak cakap satu je. jangan mengeluh dengan kerja kau sekarang ni. Apa yang pahit hadap je. walau bukan kerja kau pun kau buat jelah. Sekarang bukan masa work life balance la apela. sekarang musim survival. 

Percaya cakap aku once kau tak tahan then berhenti sendiri dan kau lama menganggur, kau akan menyesal berhenti. Time tu baru kau ingat kau lupa bersyukur. Time tu jugakla kau nekad kerja ape2 pun rembat jela. Kalau kena pressure pun sanggup asal cukup bulan dapat gaji. Sebab kau tau perit nya kau nak hidup. Susahnya kau nak dapat duit. 
 
Time tu bila kau dengan lagu k-clique pulang serius kau menangis.

Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...