Tuesday, March 26, 2019

She's the one?

Kawan aku dulu ada dua tiga orang tanya aku, cana nak tau she's the one untuk kau? Aku pun taktau awat depa tanya lagu tu. Mungkin sebab aku ni terlampau setia dengan wife aku sekarang dari masa bercinta kot? hahaha.. Tapi serius lepas aku jumpa wife aku dulu, aku memang tak cari yang lain dah. Memang dia sorang jela pompuan yang dapat pikat hati aku. Hahaha. Jujur lah aku cakap laki mana tak suka tengok pompuan cantik lawa semua kan. tapi bagi aku cantik mana pun perempuan tu aku tetap sayang kat wife aku. Sebab apa?

Sebab she's the one. haaa...

Apa maksud dia tu?

Bagi definisi aku macam ni lah, aku ni dulu cepat bosan. cakap lah benda ape aku suka buat tengok dengar pun aku cepat bosan. Contoh macam dengar lagu baru seminggu aku dah bosan. Hahaha. Sama macam game. kalau aku bosan game tu aku tak main dah. Then same goes tu perempuan jugak. Dulu cite zaman sekolah pun kalau bercinta pun kejap2 sebab apa sebab bosan dengan awek tu. Hahaha,

Tapi... wife aku ni lain bai. Taktau apa ilmu dia pakai aku memang tak pernah bosan la dengan dia. Hahaha. Dari aku kenal, bercinta, berkahwin aku rasa macam rasa sayang tu makin tambah. Lelaki trash kan dia cepat bosan kan. Hahaha. Kira aku couple ngan wife aku pun dekat 5 tahun. Bayangkan bai aku tak pernah rasa bosan pun. Everytime kalau nak dating tu aku memang excited gila babi walaupun dah 5 tahun couple.

So, aku pun pikir, kalau aku ada perasaan yang tak bosan ni aku percaya sampai tua pun aku takkan bosan malah makin sayang kat dia. So kalau kau tanya aku apa maksud she's the one tu ialah pasangan kau yang kau rasa takkan pernah bosan. Sentiasa ada rasa sayang tu.

Aku pun taktau lah, tu aku cakap wife aku ni special. She's really the one sampaikan dulu aku stress study jumpa dia tengok dia aku rasa feel tu happy kau lupa sedih kau tu.

Serious shit bro. Sampai macam tu perasaan aku dengan wife aku. Aku taknak citelah sweet2 sangat pasal wife aku ni sebab biarlah je lah aku rasa buatpa nak share. HAHAHAHA.

Kalau kau tanya aku, baloi tak kalau kau kejar awek yang kira the one untuk kau?

Aku rasa berbaloi, sebab percayalah the one untuk kau ni mmg sumpah special untuk kau sorang je. Kalau kau rasa kau jumpa the one tu, pastu kau terpikat jumpa awek yang lagi lawa. percayalah kau takkan paham maksud the one.

Sebab dia memang special gila babi untuk kau. Sampai kalau ada awek lagi lawa dari awek kau  sekarang pun kau takkan terpikat. Serious babe!

Asal aku cite pasal wife aku, sebab aku rindu dia, dia pantang kat kampung, aku kat kl. sobs2. HAHAHAHAHAHA



Thursday, March 7, 2019

Graduan Memilih kerja

Aku ada dua orang kawan. Sorang ni graduan ijazah kelas pertama dalam engineering. Sorang lagi Diploma saja. Start keja waktu yang sama. Tapi gaji depa sama. Apa yang beza? Sorang tu takyah blajar tinggi2 dah boleh sama gaji ijazah ni. Sorang ni technician sorang ni Engineer.

Macam tu pun diorang boleh cakap fresh grads ni pilih kerja. Engineer ni sanggup ambik kerja walaupun gaji macam tu. Logik akal siapa yang berhak gaji lagi tinggi? Sampai bila otai2 nak salahkan fresh grads ni memilih kerja. Company sendiri yang bayar gaji rendah, tapi salahkan fresh grads. Ibarat baling batu sorok tangan. Company pulak yang acah victim.

Cukup-cukuplah nak salahkan fresh grads, depa ni sanggup di bayar rendah demi nak merasa gaji tu. Kerja bukan takde, tapi bila gaji macam tu kau tak rasa zalim ke? Hutang ptptn degree lagi banyak. 4 tahun diorang struggle tapi taraf gaji macam tech. Bangga jadi engineer tapi gaji murah.

Otai2 toksah duduk sama kan gaji dorang dulu dengan sekarang lah. Dulu semua murah. Aku zaman sekolah bawak 50SEN pun cukup. sekarang 50sen beli kat kantin dapat ape? Zaman dah berubah la. Semua dah mahal. Rumah teres dua tingkat dulu baru RM145K sekarang dah 800K, jauh ke dekat beza tu? Kita ni kerja nak merasa gak senang. Tapi adil ke kalau otai2 ni nak bandingkan gaji depa yang sama dengan kos hidup sekarang.

Kalau tak adil, duduk diam sudahla, aku rasa patut otai2 yang bising ni. rasa gaji sama macam fresh grads dengan hidup depa sekarang. Agak2 depa boleh survive ke tak?

Graduan ni membazir, suka hidup mewah, nak beli kete first hand, berlagak tak mau pakai second hand, pakai motor dah la. Tak reti manage gaji. Habis tu hang ingat depa belajaq degree 4 tahun nak hidup susah? Dulu kecik2 pun otai2 ni yang cakap, belajar biar tinggi baru hidup senang, pastu sekarang kau nak suruh kami hidup susah pulak?

Aku fuck jugak orang yang acah2 suruh ikut cara dia belanja bulanan, suka hati lah graduan ni nak buatpe pakai duit dia woi. Dia penat2 kerja tibe2 kau suruh ikut dia belanja? Kepala hotak kau. Kau rumah dekat dengan office boleh la seminggu minyak rm2. Ni kalau office jarak 20km logik seminggu rm2. Come on lah. Lain orang lain cara dia. Takkan pernah sama.

Kalau kau tanya aku, patutkah graduan memilih kerja? Aku jawab patut. Sebab kalau silap pilih susah nak u-turn balik. Kau grad chemical engineering tapi kerja IT. Pekerja harus dibayar ikut beban dan tanggungjawab kerja dia. Kalau dibayar rendah tapi beban kerja banyak. dia bukan pekerja dia hamba company tu.

Patutkah dia resign?

Patut. Jangan biar company tu guna segala kudrat kau dengan percuma. Semua benda ada harganya. Lebih baik resign dari seksa diri kau sendiri.

Oh kawan aku dua orang tu keje company lain2, tapi gaji masing RM 1,800. Tak perlu cakap pasal OT ke allowance, sebab antara tech & engineer siapa yang selalu keje site? Duduk office mana dapat OT. So siapa yang dapat banyak?

Yes, rezeki masing2 Allah tetapkan betul. Tapi hakikatnya jangan salahkan fresh grads ni kalau memilih kerja. Diorang deserved untuk memilih kerja diorang. Diorang pun ada maruah jugak, dah kalau budak diploma ni boleh cakap "Ala belajar tinggi tapi, gaji sama je". Kau expect budak fresh grads boleh senyum jeke.

Wednesday, March 6, 2019

Kena Marah Boss

Bila aku tengok ada yang viral video Boss Felcra tu, aku respect boss tu. Dia tak salah. yang salah orang yang viral kan tu. Taktau apa sebab dia viral kan. Tapi kalau aku jadi boss memang aku pecat. Perangai buruk boss pun kau nak viral ni kan pulak benda2 P&C dalam office. Ingat bole caya ka?

Yang duk kecam boss tu, cakap tak berhemah takde adab, ng ingat senang ka nak jaga orang bawah ni. Kalau ng duk cakap elok2 macam mat salleh tu ng ingat depa ni dengaq ka. silap ng pulak kena main or tipu dengan orang bawah ni.

Aku respect boss tu sebab tegas, kalau ng lembut memang aku takkan dengar cakap ng. Dia bukan maki dia mengajar. Dulu kecik2 cikgu tadika selalu pesan kalau mak ayah marah kat kita, tu tanda sayang kan?

Fikir- fikirkanlah. Kalau takat kena camtu pun ng nak bash. ng toksah reja. Itu baru pasal sawit belum masuk project management team (O&G , constructions) setakat mencarut tu dah lali dah kena.

Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)

Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...