Sambung.
Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company tu bukan untuk career growth. Bayangkan ada colleague aku umur 52 tahun masih sama pangkat dengan aku cuma dia ada tittle senior. In which kau boleh dapat tittle senior hanya dalam 2 tahun bekerja. Sana takde manager sebab MD dia sendiri buat kerja manager. So papehal kau kena direct dengan MD dia terus.
Satu lagi, aku tak suka enquiry client yang urgent2. kau bayangkan kau siap nak packing balik. client kau call esok dia nak barang tu ada dekat site. So kau bayangkan kau kena buat semua benda tu haritu jugak. Dia mintak macam2 tapi harga murah. Itu normal. But actually benda tu best jugak sebab boleh challenge diri kau sendiri. Bila kau dapat arrange and execute job tu kau akan rasa kepuasan.
Pastu part kutip hutang. Setiap minggu akan ada meeting untuk update hutang2. Yang ni pon pishang gak sebab ada client lambat bayar kadang taknak bayar so as sales ni la yang kena hadap. Memang bosan. Jenuh kau nak cari alasan supaya boss tak marah.
But at last, main reason aku berhenti is career growth. Walaupon dia bagi aku benefit macam2 contoh medical, shell card. T&G aku tetap resign demi masa depan aku. And aku pon apply satu company service. First impression aku company ni quite big and kira boleh bangga masuk company tu. Aku apply as sales jugak.
Offer letter BM dengan dua helai muka surat. Sempoi. Aku tunjuk kat bapak aku pon dia gelak. sebab simple sangat. Kerja contract staff sahaja. Benefit medical pon takde. Hat ni memang rare gila. Aku tanya HR, HR boleh jawab "Ala takpe MC kami kira, lagipun elaun awak dah banyak". Kelakar bodoh jawapan dia.
Yang ni aku taktau nak share macam mana pengalaman aku. Aku accept jugak sebab company ni kira besar. Part contract tu aku tak kisah sangat. sebab kalau ng bagus ng dapat lah extend contract tu. Simple. So bila aku nampak company lagu tu. aku rasa boleh la aku dapat pengalaman duduk site and better exposure dengan company lepas.
To be continue..
Tuesday, September 18, 2018
Sunday, September 16, 2018
Pengalaman sebagai Sales Engineer
Oleh sebab peluang pekerjaan yang kurang. Graduan sanggup kerja
macam mana pun janji dapat kerja termasuklah aku. Aku asalnya tak minat buat
sales yelah sebab nak cari sales bukan senang bro. Tapi aku selalu ada sikap
suka mencuba plus parents aku yang selalu membebel sebab aku duk menganggur
dekat rumah dalam 1 bulan setengah macam tu.
Apply punya apply dapatlah
sangkut satu company ni. Dia tawarkan aku sebagai 'Sales Engineer' di company L
ni. Sebab taknak kena bebel plus habiskan beras bapak aku aku terus kata
'setuju' and sign offer letter.
So biasanya untuk sales ni
mostly wajib kena travel. tak kisah lah travel dalam ke luar negeri. Kalau kau
duduk office memang kau kena marahlah. Yelah macam mana sales nak datang kalau
duduk office doh. Dah kena travel ni so kau kenalah ada kereta sendiri. Aku tak
sure kalau ada company yang bagi kereta dia.
Job Scope(s):
1.So as sales engineer, pertama
sekali kena buat quotation or tender proposal dari client. Biasa company dah
ada existing client so dia pass je dekat kau untuk handle atau client
baru yang kau cari atau client tuh jumpa company kau dekat internet.
2.Sebelum buat quotation, kau
kena tahu apa yang client nak. Mostly kau kena buat site visit untuk clearkan
kan dia punya enquiry atau pon just call untuk tahu details.
3.Lepas buat quotation kau submit ke client. Then kau kena selalu
follow up untuk update. Follow up ni selalu in term of price whether harga yang
kau quote tu okay ke tidak or kena discount ke.
4.Lepas dapat Purchase order, kau kena pass or execute job tu,
kena kerap communicate dengan technician and technical team.
5. Lepas siap kau kena communicate dengan finance untuk process
invoicing.
6.Yang lagi penting dalam sales ni adalah kena kerap jumpa
clients. Every week kau kena ada target berapa client kau jumpa tak kisah lah
client baru ke lama. Kau kena buat marketing or presentation dekat tempat
client yang aku tahu ramai orang taknak buat ni sebab malu. Lagi satu kau kena
jumpa clients untuk tahu pontential job lepas ni. Ini penting untuk kau dengan
company.
So apa yang seronok jadi sales
ni adalah masa yang flexible. sebabkan kau selalu kena keluar kau jarang ada
kat office. so kau boleh jalan jumpa client masa office hour. Setengah orang
tak suka duduk office sebab otak tepu. So bila jadi sales seronok sebab takde
orang nak marah kau datang office lambat or jarang ada office sebab boss tahu
kau buat kerja kat luar. Kau pergi lah jalan mana2. Nak pergi mall ke lepak
starbucks ke it’s up to you janji jumpa client.
Lepas tu, yang lain is commission kau. Ni part yang best sebab kau
tiap bulan kira dapat bonus hasil dari sales yang kau dapat. Company aku dulu
dia bagi 2% dari amount invoice. Commission dapat bila kau client setelkan
payment. So memang syok sebab kau ada basic + allowance + commission. Memang best
beb. Since kita ni pun tak pernah dapat duit banyak tu memang dalam 6 bulan
pertama aku memang enjoy dengan gaji aku. Aku beli gitar Karen, PS4, TV,
Iphone, G-Shock and lain2.
Lepas tu, aku simpan tiap bulan RM1200 untuk kahwin.
Kira aku kahwin lepas setahun aku kerja. Kira memang cepat nak
kumpul duit and aku takda nak buat kerja part time ke apa. Commission ni
company bagi sebagai semangat kau untuk kayakan owner lagi.
But aku jugak ada reason kenapa aku resign and masuk ke company
kedua. Untuk yang ni tunggu entry yang kedua.
First Entry 2018
Bismillahirahmanirahim,
Aku tahu blog adalah satu website yang lapuk. Kira tak relevan untuk kau tulis lagi sebab sekarang dah ada macam2 facebook and twitter. Tapi aku pilih untuk buat jugak blog sebab aku tak suka diri di kenali. Biar orang baca tulisan aku sahaja tak perlu kenal tuan dia pon takpa.
Sebab aku selalu berfikir kadang2 buat aku tak boleh tido sebab aku hanya bermonolog dalaman sahaja. So, apa yang aku tulis ni adalah kata2 dalam aku yang kata. Sebab aku suka share pendapat & pengalaman tapi aku takleh tahan dengan peluru2 keyboard warriors. hahaha. sebab tu aku tak prefer untuk share di facebook & twitter.
Aku seorang graduan kejuruteraan di satu Universiti Awam. Sudah bekerja tapi tak sampai 5 tahun. Masih hauskan pengalaman. Hobi hardcore gamer dan membaca buku.
Semoga aku terus tulis dan tulis dan tak biarkan blog ni penuh dengan sawang.Fuhhhh
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nasihat untuk menjadi Sales Engineer (terutama Fresh grads)
Kebanyakan masalah yang aku nampak bagi Sales Engineer ni adalah minat dalam bidang sales tu sendiri. Kebanyakan mereka ni masuk bidang sale...
-
Oleh sebab peluang pekerjaan yang kurang. Graduan sanggup kerja macam mana pun janji dapat kerja termasuklah aku. Aku asalnya tak minat bua...
-
Sambung. Okay aku kerja dalam company L tu lebih kurang 10 bulan. bab gaji and commission memang best. Tapi aku rasa kerja dekat company t...
-
Setahun 6 bulan aku kerja di company paling latest ni.. jujur aku cakap ini lah company yang paling best in term of work enviroment dia. re...