Thursday, August 7, 2025

fomo vs dgaf

 Masalah FOMO terlampau banyak berlaku tanpa kita sedar. Kadang hanya melihat Kawan update di FB even dari IG Story buat hati kita tak senang.

Kawan pergi overseas, kita pun nak pergi

Kawan dinner di 5-star restaurant, kita pun nak rasa

Kawan beli kereta baru, kita pun nak beli kereta baru

Kawan pakai Iphone, kita pun nak beli.

Benda ni bawa masalah mostly mental dan financial kita sendiri yang akhirnya membawa mudarat dari kenikmatan.

Kenapa? Disebabkan kita berbelanja luar dari kemampuan kita. Lagi sedih bila mana benda2 ni hanya membawa kepuasan yang sementara tapi membawa lebih mudarat untuk satu tempoh yang lama.

Contoh, kita pun nak pergi overseas tapi tak mampu, tapi ada caranya. Personal loan. Ambil RM10K ikat loan berapa bulan or tahun, pergi melancong mungkin seminggu dua, kita merana bertahun.

Begitu juga kad kredit, kita max out beli iphone or barang lain, tapi kita tahu tak mampu, tiap bulan hanya mampu minimum, kita lupa bank pun ada charge interest. Sampai bila nak habis kita taktau.

Persoalanya. Di mana asas benda FOMO ni berlaku?

Ianya mula berlaku atas diri kita sendiri. Kita yang meletakkan penada aras dan kejayaan kita sendiri. Selagi kita tak dapat kita takkan puas dan akan terus cuba untuk dapat walau apa jua cara tanpa fikir kan akibatnya.

Padahal untuk hidup bahagia kita hanya perlu meletakkan penanda aras yang sederhana sahaja.

Lawan untuk FOMO adalah IDGAF dan term ni kalau kau guna apply benda ni percayalah kau akan bahagia.

Dekat sini aku bagi contoh dua situasi Ali dan Mukmin. Imagine dua2 ni mempunyai gaji dan kerja yang sama.

Ali ni seorang FOMO. Pantang tengok story orang lain dia pun nak jugak. Sebab dia nak jugak circle dia tengok dia ni seorang yang mampu dan tidak ketinggalan. Bagi Ali, penanda aras dia adalah untuk orang tengok dia Berjaya, kaya dan ikut trend.

Tapi duit tak ada. Disebabkan keinginan FOMO yang tinggi, tanpa fikir Panjang di cari jalan untuk berhutang sana dan sini. Kepuasan bercuti ke eropah mungkin 2 minggu. Tapi dia terpaksa merana bertahun2 dengan hutang yang bertimbun.

Effect dia, dia cut makan, ikat perut terpaksa kerja lebih waktu atau buat dua kerja yang akhirnya merosakkan mental dan fizikal dia sendiri.

Mukmin pula seorang yang DGAF. Lantaklah Kawan dia nak bercuti ke apa, itu bukan penanda aras dia. Dia tak kisah orang nak anggap dia macam mana sekali pun, asalkan dia bahagia dengan cara sendiri.

Dengan cara dia, at least dia berbahagia dan kehidupan dia sendiri. Tiada hutang, tak perlu ikat perut, dan tak perlu buat dua kerja. Ada masa sendiri. Sekurang2 nya mental dan fizikal terjaga.

 Kita juga yang memilih untuk give a f*ck to FOMO ni. Kenapa? Sebab kita terlalu memikirkan cara orang melihat, memandang kita. Kita rasa seronok apabila dipuji. Kita pun sedar yang kita pun ada hak untuk rasa sama seperti orang lain rasa.

Itu sebab untuk ada rasa DGAF ni sangat susah. Sebab kita tak suka orang tengok kita miskin, tak suka orang pandang rendah dan cakap pasal kita.

Tapi bila difikir balik untuk apa kena ada rasa macam tu. Seronok orang fikir kita dah bahagia, dah kaya dan sebagainya? Dengan pujiaan orang adakah kita dapat manfaat, kita rasa puas sebab kita dah lebih pada orang lain?

Macam mana nak bahagia dalam kehidupan?

Simple. rendahkan penanda aras yang kita set sendiri. Hiduplah dengan sederhana. Sesungguhnya bahagia itu cukup sederhana. 

fomo vs dgaf

 Masalah FOMO terlampau banyak berlaku tanpa kita sedar. Kadang hanya melihat Kawan update di FB even dari IG Story buat hati kita tak senan...